16 Nov 2015

 
 
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH (13/11/2015) KEPADA PARA PEMENANG SEMPENA SUKAN AKHIR TAHUN SK TUN FUAD 2015.
 
 
Rumah Sukan Merah telah memenangi secara keseluruhan sempena sukan tahun ini diikuti tempat kedua yang dimenangi oleh Rumah Kuning. Tempat ketiga pula dimenenangi oleh Rumah Hijau dan tempat keempat Rumah Biru.
 
 
Bagi perlawanan persahabatan diantara guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar iaitu perlawanan bola jaring telah dimenangi oleh guru-guru Sk Tun Fuad manakala perlawanan persahabatan futsal yang membabitkan bapa pelajar-pelajar menentang guru-guru lelaki telah dimenangi oleh guru-guru Sk Tun Fuad.
 
 
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, staf-staf, ibu bapa pelajar-pelajar, dan pelajar-pelajar sekolah yang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan temasya sukan sekolah tahun ini. Kerjasama dan komitmen semua pihak dalam penglibatan temasya sukan tahun ini amatlah dihargai. Diharap dimasa akan datang temasya sukan yang dapat mengeratkan silaturahim diantara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar-pelajar seperti ini dapat diteruskan. InshaAllah..
 
 
 
 
 
 
 
 
 











No comments:

Post a Comment

PROGRAM JOM BACA BERSAMA

 PROGRAM JOM BACA BERSAMA ( 10 MINIT ) SK TUN FUAD 2022 Tarikh : 21 APRIL 2022 Hari : Khamis Tempat : Pusat Sumber Sekolah Video Pelancaran ...