23 Nov 2015

MAJLIS PENYERAHAN SLIP UPSR KEPADA GURU-GURU BESAR SEKOLAH RENDAH DAERAH KUNAK 2015

 
 
Majlis penyerahan keputusan UPSR sekolah-sekolah rendah daerah Kunak diadakan di SK Tun Fuad pada 12 November 2015.
Pada majlis tersebut, Tuan Haji Raduan Bin Haji Abd. Rahman selaku Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) Kunak telah menyempurnakan majlis penyerahan dan sekaligus mengumumkan prestasi sekolah-sekolah rendah daerah Kunak dan pencapaian PPD Kunak perinkat negeri Sabah.
 
Bagi sekolah-sekolah rendah daerah Kunak, Sekolah Kebangsaan Tun Fuad telah dinobat sebagai sekolah rendah terbaik dalam peningkatan gred purata sekolah (GPS) keputusan UPSR tahun 2015 sebanyak 0.35 peratus iaitu 2.57 peratus berbanding 2.22 peratus pada tahun lalu. 
 
Bilangan calon yang menduduki UPSR tahun 2015 daerah Kunak adalah seramai 750 orang calon.
Seramai 19 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A dan ini adalah satu peningkatan dari segi bilangan calon yang berjaya memperoleh 5A berbanding 12 orang tahun lalu.
 
Adik Masmira Jefri calon tunggal dari SK Tun Fuad yang telah berjaya mendapat 5A dan sekaligus telah dipilih sebagai pelajar terbaik UPSR tahun 2015 daerah Kunak.
 
 
 
 
 
 



















No comments:

Post a Comment

PROGRAM JOM BACA BERSAMA

 PROGRAM JOM BACA BERSAMA ( 10 MINIT ) SK TUN FUAD 2022 Tarikh : 21 APRIL 2022 Hari : Khamis Tempat : Pusat Sumber Sekolah Video Pelancaran ...